Semalam dalam perjalanan ke Politeknik Johor Bahru, selepas balik rehat sekejap di rumah, berlaku satu inseden. Lebih kurang dalam pukul 2.30 petang, jalan menuju ke masjid poli, terdapat beberapa orang pekerja sedang memotong rumput di tepi jalan. Hati ini terdetik..."jangan2 batu terkena kereta aku". Tiba2 terdengar satu letupan kecil di belakang kereta dan diikuti dengan bunyi deraian seperti cermin pecah. "Ya..Allah, cermin belakang dah pecah. Aku terus keluar dan melihat apa yang berlaku. Pekerja tadi datang dan bercakap dengan loghat indonesia. "Saya dah telefon boss saya, nanti puan boleh cliam." Saya terus mengambil nombor boss dia dan membuat panggilan. Alhamdulillah...boleh membuat tuntutan dengan syarat hantar kereta ke bengkel keretanya di Taman Daya. "Jauh juga tu.." Oleh kerana abang out station, jadi kereta di hantar ke bengkel pada esoknya. Rupa2nya saya bukan orang pertama yang menjadi mangsa cermin kereta pecah disebabkan oleh perkara yang sama, dah ada 2 3 orang staf PJB yang telah terkena. Apapun...semuanya dari Allah, Dia yang memberi dan Dia juga yang berhak megambilnya. Kita sebagai hambaNya hendaklah bersyukur bila mendapat nikmat dan redho serta sabar bila diuji.
No comments:
Post a Comment