Thursday, April 7, 2011

MeMOri BaLiK KaMPuNg

Rumah di Kg. Pulau Rusa


"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"... Walaupun hujan emas di negeri orang, negeri sendiri tetap di hati. Di sana bermula segala kisah suka duka bersama ibu, ayah dan keluarga tercinta. Selepas 17 tahun membesar bersama ibu tercinta, terpaksa berpisah kerana tawaran belajar ke UMKL. Walaupun hati sedih, terpaksa akur untuk mengejar sebuah cita-cita. Hanya cuti semester menjadi pengubat rindu.


Selepas tamat belajar di sana selama 3 tahun, sempat duduk di rumah selama 1 tahun sementara menunggu dihantar posting. Sepanjang tempoh tersebut, sempat juga mengambil upah menjahit baju. Pada akhir April 2000, dapat tawaran posting ke Politeknik Johor Bahru. Daftar pada 2 Mei 2000.

Pada 2003 bertemu jodoh dengan orang Johor. Jawabnya memang tak boleh la nak balik ke negeri sendiri, kecuali dengan takdir Allah. Sejak berkahwin peluang untuk pulang ke kampung amat terhad, dalam 3 atau 4 kali setahun. Balik pun hanya 4 atau 5 hari sahaja. Campur dengan perjalanan, hanya 2 atau 3 hari saja la kat kampung. Alhamdulillah...sepanjang perkahwinan, raya puasa tak pernah miss untuk balik ke Terengganu.

Cuti sekolah bulan 3 baru ni sempat juga balik ke kampung. Perancangan awalnya nak bercuti selama 5 hari, last minit abang terpaksa ke mesyuarat di KL. Jadi hanya 2 hari saja di kampung. Apa-apa pun redho aje la. Yang penting dapat ziarah ibu (cek) di kampung yang semakin uzur dan selalu tidak sihat.

Sebelum pulang ke Terengganu, sempat lagi bawa anak2 jalan2 ke KL. Pada awalnya nak ke pameran dinasour, last minit ubah fikiran untuk bawa anak2 ke tempat permainan "Time Squre". Tempat ni terletak di tengah2 bandar dan di dalam bangunan. Memang banyak mainan, bermacam2, boleh main tanpa had masa. Banyaran untuk kami sekeluarga RM100++. Anak2 la yang paling seronok, mama dan papa mereka pun boleh la tumpang sekaki. Mainan ada untuk setiap peringkat umur. Tak sedar masa berlalu...kami di sana hanpir 4 jam.



Pintu masuk


Mama bersama anak-anak


Kawasan khusus untuk anak2 2-3 tahun, tetapi mesti di bawah kawalan ibu bapa.


Macam2 mainan yang ada di sini.


Ni plak suasana di kampung. Luqman melukis atas tanah.


Seronoknya berlari2...


Lepak kat tangga.


Sempat lagi bermain sahiba sebelum balik.


No comments:

Post a Comment