Wednesday, April 20, 2011

BAS ROSAK

Pagi tadi dalam perjalanan menghantar anak-anak ke sekolah, Hafiz (along) ke Sek Agama Taman Mawar, Izzati (kakak) dan Luqman ke Pasti Taman Mawar, jalan agak sesak daripada biasa. Kalau hari2 biasa, papa mereka akan hantar alang ke sekolah agama, saya akan hantar kakak dan Luqman ke PASTI. Oleh kerana papa mereka aut-station 3 hari, tugas ini diambil alih seorang diri.


Pagi tadi pun 'berperang' dulu dengan Luqman dan main 'kejar-mengejar' dengan dia kerana tidak mehu bangun tidur dan tak nak mandi. Dipujuk-pujuk tak makan saman, last2 terpaksa angkat ke bilik dan paksa mandi. Itu lah rutin harian mama dan Luqman setiap pagi (hehehe), kecuali kalau papanya ada, cepat je bangun tidur (sebab takut kat papa dia).


Pagi tadi alhamdulillah, jalan tidak la jem sangat2, rupa2nya ada bas rosak di tengah2 trafic light. Kenderaan terpaksa bergerak dalam keadaan yang sangat perlahan. Selepas balik dari hantar
budak2 tu ke sekolah, on the way ke politeknik, jalan masih jem, makin teruk. Kereta hanya lepas 2 @ 3 biji sahaja bila trafic light berwarna hijau. Saya juga terkandas di tengah2 trafic light. Akhirnya bunyi siren polis trafic datang mengawal lalu lintas. Alhamdulillah.....

Bas kilang rosak pulak tengah2 trafic light



Kesesakan lalu lintas.








No comments:

Post a Comment