Hari ini mama cuti rehat 1 hari. Kasihan kat anak mama, terutama si kembar. Tiba2 je mama balik kerja semalam tidur tak bermaya...DEMAM. Kedua2nya muntah selepas minum susu. Rumah kami yang biasanya bingit dengan suara si kembar menjerit dan bermain bersama abang dan kakak mereka, semalam terasa sangaaat sunyii. Terasa kosong rumah tanpa suara gelak ketawa dan tangisan mereka. Hari ini selepas makan ubat, (alhamdulillah si kembar ni mudah untuk makan ubat tanpa dipaksa) tiduuurr dan baring je. Doa mama agar anak mama cepat sembuh.
Ni kisah demam si kakaknya pulak. Semalam semasa mama hantar ke sekolah, kakak duduk merengkok di tempat duduk depan kereta. Mama tanye kenapa kakak? Diam sahaja.
Mama rasa badan kakak..panasnyaa..."Kakak demam...Kakak tak perlu ke sekolah lah...mama hantar balik ye.."
Kakak menggeleng kepala tanda tak nak balik rumah. Nak ke sekolah juga. Tak pela...mama hantar je ke sekolah.
Tengahari mama balik rumah...kakak tidur kepenatan, selepas makan ubat, Ingatkan demam kakak berlarutan....alhamduliullah hari ini dah sihat, pergi juga ke sekolah.
No comments:
Post a Comment