Monday, April 18, 2011

Mengimbau Memori di Mekah 1 - Air Zam-zam

Salam. Kenangan di Mekah tetap terpahat di hati dan sanubari ini. Antara kelebihan dan keistimewaan di Mekah adalah air zam-zam. Rasanya kenikmatan minum air zam-zam di Mekah dan Madinah tidak sama dengan minum air zam-zam di tanah air. Di sana kita boleh minum sepuas-puasnya dan semahu-mahunya. Saya ada beberapa kisah yang ingin dikongsikan tentang air zam-zam. Ceritanya sungguh unik dan menakjubkan diri-sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w tentang air zam-zam yang bermaksud : "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Kisah 1 : Cuaca di Mekah ketika musim haji yang lepas berbeza antara siang dan malam, walau pun ketika itu musim sejuk. Pada waktu siang, cuaca agak panas, tetapi bila tiba waktu malam, cuaca berubah dengan mendadak, begitu sejuk. Keadaan ini menyebabkan ramai di kalangan jemaah termasuk saya mengalami batuk2 dan juga demam. Bagi diri saya. walaupun badan kadang-kadang terasa seram sejuk seperti nak demam dan tekak terasa gatal, alhamdulillah...penawarnya adalah air zam-zam yang disertai dengan doa. Hakikat yang menyembuhkan adalah Allah Taala. Oleh kerana air zam-zam telah dijanjikan kehebatannya, ia adalah asbab kepada penyembuhan penyakit. Alhamdulillah...sepanjang di Mekah dan Madinah, kesihatan saya adalah terjaga dengan meminum air zam-zam. Kesihan juga melihat kesihatan suami di Mekah dan Madinah agak terganggu dengan demam dan batuk yang silih berganti. Apa pun itu semua kehendak Allah.

Kisah ke-2 : Keadaan cuaca yang agak panas di Mekah pada siang hari menyebabkan bibir saya kering dan merekah, dan akhirnya berdarah. Keadaan ini berlaku ketika perjalanan ke masjidil haram untuk solat zohor. Ketika di dalam masjid, bibir saya terus berdarah tanpa henti walaupun telah dilap beberapa kali dengan tisu. Waktu solat semakin hampir, bibir yang berdarah menyebabkan saya kurang selesa. Otak ligat berfikir "bagaimana ni"? Akhirnya Allah mendatangkan ilham untuk sapu bibir ni dengan air zam-zam. Alhamdulillah...satu keajaiban berlaku bilamana air zam2 disapu pada bibir dan disertai dengan doa, dengan izin Allah, darah berhenti secara tiba2.

Kisah ke-3 : Antara kelebihan air zam-zam ialah ia boleh menghilangkan kelaparan dan mengeyangkan. Perkara ini berlaku pada diri saya. Selepas habis haji, masa kosong yang ada, saya dan suami akan melakukan umrah sunat. Kami hanya pergi berdua sahaja, kerana tidak mahu terikat dengan jemaah lain. Biasanya umrah sunat dalam musim haji ni agak lama jika berbanding musim umrah. Jika semasa musim biasa, 1 umrah lebih kurang 2 jam, tetapi musim haji kadang2 makan masa 3 hingga 4 jam. Biasanya kami mula mengambil niat di Tanaem jam 8 pagi dan selesai betul2 masuk solat zohor. Selesai sahaja umrah, memang perut dah berbunyi untuk diisi. Nak ke kedai membeli makanan memang tidak sempat. Jadi alas perut kami adalah air zam2. Alhamdulillah, selepas minum air zam2 terasa perut kenyang seperti selepas makan 1 pinggan nasi. Dah selesai solat, pulang ke hotel dengan perut yang masih kenyang.

Itu lah antara kisah air zam2 di sana, memang mujarab dan berkat. Seronoknya di sana, kadang2 air zam2 boleh dibuat mandi lagi. Minum air zam2 ni pulak, memang tiada kepuasan. Biasanya, selepas solat sunat tahiyyatul masjid, saya akan minum air zam2 untuk dapatkan keberkatan sambil berdoa, "Ya Allah aku mohon pada-Mu ilmu pengetahuan yang bermanfaat, rezki yang luas dan kesembuhan dari segala penyakit dan kepedihan dengan rahmat-Mu ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dari segenap yang pengasih."

Tong air zam2 yang disediakan di dalam masjidil haram. Jumlah tong air zam2 di musim haji lebih banyak jika dibandingkan pada bulan bukan musim haji.



No comments:

Post a Comment