Monday, March 8, 2010

Cerita Si Kembar

Salam semua...yang jauh, yang dekat... Dah lama menyepi. Sekarang ni tengah sibuk. Alhamdulillah, soalan final agama dah siap rasa tenang sikit kepala ni. Lepas ni nak kena tanda tugasan pelajar pulak. Kerja tak habis-habis...kat rumah, kat pejabat... Yang penting, jangan merungut.

Kali ni saje nak cerita pasal si kembar mama ni. Mereka sekarang dah 1 tahun 3 bulan. Dah makin lasak, maklum la anak lelaki. Si Amir yang agak pendiam tapi bila tak dapat apa yang ada pada Asyraf, digigitnya badan si kembarnya. Si Asyraf pula, mulutnya yang bising, ada saje suara yang keluar entah apa2.

Di bawah ni beberapa gambar si kembar mama:


Asyiknyeee kembar mama ni main. Amir makan apaa tuuu..?


Pandangan dari belakang mudah nak cam kerana si Asyraf ada pusar 2 kat kepala.

Gambo jam 6.00 pagi. Anak mama ni seawal jam 6 pagi dah bangun tidur. Yee laa malam tidur awal. Bangun je terus ke bakul nak minta buatkan susu.

Ni plak sesi gotong royong bersihkan halaman rumah. 'Rajinnya anak mama bersihkan halaman.'

Air kegemaran si kembar, air kosong. Bila minum, 2 2 kena bagi, kalau tak nanti berebut. Posisi saamaa jeee

"Mama...jom la bawa kami jalan2 kat taman".


Saya Asyraf. A...B...C...

Ni pulak gaya tidur Amir yang baru. Asyiknyee tidur menonggeng.

"Eeeee...mama...bilang gigi saya ada berapa?"




No comments:

Post a Comment