Thursday, March 25, 2010

Kisah di waktu tengahari

Salam semua.
Tarikh 25 haribulan tiap2 bulan adalah tarikh keramat bagi pekerja kerajaan. Apalagi bagi bulan ni. Maklumla boleh dikatakan poket dah kekeringan. Ini kerana bulan lepas gajinya awal bulan kerana sambutan raya Cina.

Tengahri tadi, K.Wan beriya2 mengajak saya menemaninya ke bank di Pasir Gudang. Pada mulanya rasa tak nak pergi, tapi...x pe la...boleh juga...boleh masukkan gaji bibik dan makan tengahari skali. Sepanjang perjalanan ke bank... biasala kami sebagai ibu..bersembang pasal anak-anak. Perangai anak2 kadang2 boleh membuatkan darah kita naik...boleh dapat penyakit darah tinggi....

Nak masuk ke kawasan bank...biasalah kena ambil tiket...

Berlakulah 1 peristiwa....

"Alamak...tak sampai la pulak..." kata K.Wan sambil membuat tali pinggang untuk menekan butang tiket.

Dah dapat tekan...nak ambil tiket ....jatuh pulak tiket tu ke tanah...

"Aci tekan sekali lagi, K.Wan , ambik tiket baru..." cadang saya.

Tak dapat la pulak. Tekan butang...tiket tak keluar.

Masa ni kami dah tergelak dah....Nasib baik K.dina tak de, kalau tidak K.Wan dah kene kutuk dah ni...hehe...

Nak tak nak...terpaksala masuk dalam dulu...K.Wan berhenti kereta dan turun berjalan kaki ke tempat tadi untuk mengambil tiket yang jatuh. Aduh...nasib baik tak de orang...

Dah parking kereta, kami berpisah...K.Wan ke Bank Islam dan saya ke Maybank.

Masuk je tempat mesin ATM, ramainyeee manusia....Oooo...rupanya 2 mesin rosak....satu je boleh guna...

Nak tak nak, terpaksalah beratur. Tiba giliran saya untuk mengambl duit. Tek...tek....tek...jari menekan butang untuk keluar duit. Saya tekan butang wang segera RM1,ooo.

Tiba-tiba...bila kad keluar...pada skrin tulis 'OUT OF SERVIS'...saya dah mula risau...duit tak keluar...macam mane ni....hati begitu risau...saya cuba pujuk hati...TENANG...mungkin Allah nak uji ni...semua yang beratur di belakang frust tak dapat ambil duit termasuklah diri ini...huhu.

Saya keluar bank dalam keadaan cemas, sedih, risau...menuju ke Bank Islam.

Sampai di Bank Islam...jumpa K.Wan...rupanye K.Wan pun ada masalah juga...duit yang dikeluarkan RM150 tak dapat, tapi dalam slip jumlah duit berkurangan.

Saya mengadu masalah dengan K.Wan.

"Cuba check baki kat ATM Bank Islam", cadang K.Wan...sebenarnya saya masa tu dah mati akal.

Check kat ATM...alhamdulillah...lega rasanya bakinya masih ada. Saya ambil duit RM 1,000 dan terus ke CIMB untuk masukkan gajii bibik RM350 dan RM200 lagi untuk kegunaan dia. Sementara K.Wan masih di Bank Islam untuk selesaikan masalahnya.

Sampai je kat CIMB...alamak ramai juga orang kat sini...mesin masuk duit satu je boleh guna, satu lagi rosak. Ah...takpe la...keluarla...pergi semula ke B.Islam bersama K.Wan...Lain kali la masuk gaji bibik.

Tak lama kemudian, kes K.Wan pun selesai....kami pun terus ke parking. Sampai di sana...satu lagi peristiwa berlaku...Tiba-tiba datang seorang lelaki tua warga Arab kot..datang minta derma ikhlas sambil memberi satu mangkuk kecil yang ada tulis ayat seribu dinar... K.Wan bagi RM5...tapi dia tak nak...siap cakap lagi nak RM20...nak beli baju katanya...Apabila K.Wan tambah RM10, nak lagi RM5...K.Wan nak bagi semula mangkuk tadi...dia cakap mangkuk itu free...Last...lelaki tu terus lari...

"Macam2 berlaku hari ni..." rungut K.Wan.

"Sabo...K.Wan..."

Dah keluar dari kawasan bank, nak ke komplex, tak dapat masuk pulak...

"Apala nasib kita hari Yah..."rungut K.Wan lagi, Kami terus ke Lina Dollah untuk makan t.hari.

Semasa makan, kami masih bercerita pasal peristiwa yang berlaku tadi...sambil gelak dan ketawa kecil...Dah kenyang kami pun balik...

Tiba2 semasa K.Wan nak start kereta...2, 3 kali....kereta tak nak hidup....dan akhirnya hidup juga kereta K.Wan. Hehe...alhamdulillah...kalau kereta tak hidup, jawabnya kena tolak la...

Bila keluar dari simpang Taman Mawar...tiba2 kami terlihat asap hitam menjulang ke langit.

"Eh...tu asap terbakar tu K.Wan", kata saya.

"Aaa la..ke nak g tengok...", cadang K.Wan.

"Boleh je...entah2 kat pelabuhan", kata saya.

Tanpa berfikir panjang. K.Wan pun terus menuju ke arah asap tebal tu...

"Eh...betul ke kita ni Yah...Tak de kerja...nak tengok kebakaran...", kata K.Wan.

"Terus je la..."

Semasa perjalanan menjejak asap kebakaran tu...K.Wan baru perasan minyak keretanya dah nak habis...tergelak K.Wan...xpe...sempat lagi ni....

Kami terus menjejak arah asap itu...pusing sini...pusing sana...belok sana...belok sini...akhirnya jumpa juga...rupanya kilang yang terbakar...kilang apa tak tahu la kami...Hee...nasib baik tak sesat...

Dah jumpa kawasan kebakaran tu...kami pun balik ke PJB memandangkan petang ada kelas.

Di bawah ni saya sertakan asap kebakaran tersebut.

Begitu la, bukan satu kisah, malah 2, 3 kisah berlaku di suatu waktu tengahari...tak sangka pula banyak peristiwa yang tak diduga berlaku. Ini lah namanya kehidupan...apa yang kita rancang tidak semuanya berlaku dengan lancar dan baik. Allah yang menentukan segalanya. Itu semua qada' dan qadar Allah...Semuanya itu adalah dugaan yang 'tersangat' kecil dari Allah yang sentiasa menguji hambaNya. Hanya Iman di dada yang dapat menngawal ssuatu keadaan.


Dari jauh kami melihat asap. Kami cuba mencari arah asap tersebut. Kiranya kami ni macam penyiasat la pulak..hee


Lokasi yang kami cari semakin hampir




Akhirnya lokasi yang dicari ditemui juga..tapi kami hanya memandang dari jauh saja...Asapnya begitu hitam pekat...takut rasanya...



1 comment:

  1. oooo patut la srh tgk, ada nama aku...tp takper, tumpang glamor 10 sen

    ReplyDelete