Selamat pengantin Baru buat jiran saya, Laila dan suaminya Rizal. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga. Semoga jadi isteri yang solehah dan juga ibu yang solehah nanti. Jangan lupa selalu berdoa agar kebahagiaan mengiri kalian. Cepat-cpat dapat yeee....
Di bawah ni diselitkan gambar sepanjang rewang dan majlis walimah. Saya sebagai jiran dan juga jiran2 yang lain bantu setakat yang termampu.
Dua hari sebelum majlis, seekor kambing akikah disembelih untuk di masak pada hari majlis.
Ni jiran, ina bersama anak lelakinya, Amani. Sempat lagi bergambar dengan kambing sebelum disembelih. "MOMOK" itu panggilan Amani kepada kambing hitam tu..
Haa...ni la susu kambing yang dimasak dan dicampur sikit dengan gula. Emmm... sedap rasanya macam yogult.
Apa agaknya yang dibincangkan dua ibu ni... Agaknya bincang pasal berapa telur yang nak direbus kot.
Izzati pun tak ketinggalan nak join juga kaum ibu merewang, rajin betul anak mama sorang ni..
Haa..pelamin dah siap, izzati dan luqman rasmi dulu posing depan pelamin.
Amani sekali posing depan kamera. Waktu ni tengah tunggu tok kadi datang untuk akad nikah.
Alhamdulillah...dah sah pun jadi suami isteri.
Siangnya majlis kenduri. Para jemputan menikmati hidangan.
Lagi... Amani posing depan kamera. Ni dah ngantuk nak tidur... Asyik jalan je... Tak dok diam.
Dah petang...semua tetamu dah berkurangan. Posing dengan ex-jiran Fadzilah.
Ni pulak saya dengan jiran sebelah rumah, ziela.
Ziela pun tak nak ketinggalan nak bergambar dengan Fadzilah.
Dah petang dah ni..tetamu dah tak datang lagi. Jadi, lauk dan nasi yang lebih bungkus untuk jiran2. Dari kiri K.zana, K.na dan Fadzilah.
wooo...ganas mu mek yah
ReplyDelete