Tuesday, March 16, 2010

HASIL KERJA KAKAK



Hari ini hari ke-2 cuti sekolah. Saya masih lagi bersama anak2 bercuti di rumah. Untuk mengisi ruang anak-anak yang banyak, saya sebgai mama mestilah kreatif untuk mengisi masa lapang anak-anak. Kakak macam biasa, tiap waktu mengadap buku yang mama belikan semalam. Dah siap satu buku aktiviti. Alhamdulillah...

"Mama...buku ni siap saya buat, nanti mamakan buku yang lain pula eee..." kata kakak.

"Ye la...nanti mama belikan buku lain pula," jawab mama.

Di masa yang lain pula...

"Mama...bila kakak nak sekolah?" tanya kakak.

"Lambat lagi, 5 hari lagi...," jawab mama.

"Alaaa, saya nak sekolah," rungut kakak.

Itulah ragam kakak tiap-tiap hari. Kadang-kadang terasa penat nak melayan puteri mama yang sorang ni.

Berbeza dengan along, buku latihan yang dibeli, disuruh 5, 6 kali baru nak dibuatnya. Itu pun buat dalam keadaan terpaksa. Sabar je la... Insya'Allah, potensi yang ada pada along akan mama gilapkan, cuma ia memakan masa dan perlukan kesabaran yang tinggi. Kadang2 sikap along begitu mencabar kesabaran mama. Ini lah ujian dari MU Ya Allah.

Ya Allah...kurniakan pada kami kekuatan, kesabran serta kebijaksanaan dalam mendidik anak-anak kami menjadi insan berilmu dan beramal pada ilmu Mu.


Dua buah buku yang mama belikan untuk kakak, satunya dah siap dibuat oleh kakak.


No comments:

Post a Comment