Thursday, March 25, 2010

Papa Naik 'Kabel Car'

Petang semalam mama terima massage bergambar dari papa. Apa lagi, mama pun share la gambar tu dengan anak-anak. Seronok anak-anak melihat gambar dari papa mereka. Masing-masing nak naik. Mama cakap ni jauh...."Nanti minta papa bawa kita bercuti ke sana..."

Eeee...tingginya.....takut tengok...bawahnya memang hutan...bayangkan jika jatuh...

Papa cakap tak perlu bayar...free jee...

Ini lah kesoronokan di dunia ni... Apa pun, dalam keseronokan, ingat akan kebesaran Allah yang menciptakan alam ini. Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal, mestilah mengambil manfaat dan iktibar dari penciptaan Allah ini. Itu lah tanda orang yang berimaaannn....

Insya'Allah...petang Jumaat papa dah habis kursus. Pagi Sabtu baru bertolak pulang. Anak2 terutamanya tak sabar2 menanti kepulangan papa mereka. Tiap2 malam asyik tanya.."papa balik bila?"


No comments:

Post a Comment