Salam. Alhamdulullah...Sekarang pelajar2 politeknik mula bercuti. Jadi saya ambil kesempatan untuk bercuti bersama anak-anak. Peluang ni saya gunakan untuk mengajar anak-anak membaca dan membuat latihan di rumah. Jadi masa mereka terisi juga dengan aktiviti yang berfaedah, tidak la asyik duduk depan tv jee.
Anak sulung, hafiz (along) walaupun didesak untuk melakukan aktiviti dan latihan di rumah, agak sukar untuk mengikut arahan mamanya. Berbeza dengan izzati (kakak) tersangat mudah dan begitu rajin membuat latihan di rumah.
"Mama...bila nak sekolah", soal kakak. Baru sehari tak ke sekolah dah sibuk tanya bila nak ke sekolah.
"Kakak cuti 9 hari", jawab mama.
Luqman dah nampak ciri-ciri rajin ikut jejak kakaknya. Alhamdulillah...anak-anak...sebenarnya bakat dan potensi yang ada tidak sama. Ibu bapalah yang berperanan membimbing mereka.
Pagi tadi selepas hantar along pergi mengaji al-Quran, singgah sekejap di perpustakaan. Saje...biar anak-anak timbul minat pada buku dan ilmu. Kemudian singgah di kedai buku Pustaka Aris di komplex Pusat Bandar untuk membeli buku latihan dan buku aktiviti untuk anak-anak. Luqman mama belikan buku mewarna, kakak buku aktiviti dan Along buku latihan matematik, sains, b.m dan b.i.
Sampai je di rumah, kakak dan luqman terus membuat aktiviti pada buku tersebut.
Si kembar pula, tengok je mama ada kat rumah seronok bukan main, asyik nak dukung dengan mama je.

SEMOGA ANAK-ANAK MAMA MENJADI INSAN BERILMU UNTUK KHIDMAT PADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. AAMIIIN
No comments:
Post a Comment