Salam semua. Minggu ni adalah minggu pasif anak2 mama. Sebabnya semua anak2 mama 5 orang ni silih berganti demam. Mula dari hari Ahad, dimulai dengan Along dan kakak, lepas tu Luqman dan disertai dengan si kembar. Along 2 hari tak ke sekolah, katanya masih pening. Beza dengan kakak, demamnya belum betul2 kebah, dah nak ke sekolah. Ni nak citer sikit perangai kakak yang memang suka ke sekolah.
Hari Isnin mama tak benarkan kakak ke sekolah, badannya masih lagi panas.
Hari Selasa, kakak bangun awal pagi walau pun mama tak kejutkan dia.
"Kakak tidur la lagi...badan kakak panas lagi ni... tak yah ke sekolah la..." kata mama.
Mama ingatkan kakak baring, rupa2nya...mandi ngan bibik kat bawah.
"Kakak nak ke mana ni...?" tanya mama, kakak diam tak menjawab.
"Kakak nak pergi sekolah ke?" tanya mama lagi. Kakak hanya menganggukkan kepala.
"Eh...kakak demam lagi la... tak yah gi sekolah la..." pujuk mama.
Tiba2 kakak nak menangis...nak juga pergi sekolah.
"ok la..." kakak cepat2 siap pakai seragam sekolah.
"Kakak ni...rajin betul..."bisik mama dalam hati.
Tengahari Selasa, balik umah, si kembar pulak demam...jadi petang tu terus ke klinik. Luqman pulak muntah2 kat klinik.
Apa yang kelakarnya, tiba masa nak masuk bilik doktor, luqman tiba peluk kusyen sebab tak nak masuk bilik doktor. Semua orang yang ada kat klinik gelakkan luqman melihat reaksinya. Papa paksa luqman dan kendong dia masuk bilik doktor. Apa lagi..luqman pun meraung dengan sekuat hatinya...hingga menaarik semua perhatian orang sekeliling.
Alhamdillah...anak2 mama semua dah sihat...boleh la mama pegi jalan ke KL petang nanti dengan hati yang tenang....Petang nanti mama bersama rakan seofis akan ke KL untuk "Lawatan Premier Ke UKM dan Media Prima (TV 3)"
No comments:
Post a Comment