Salam semua. Kali ini nak cerita sikit tentang anak kembar saya. Sekarang usia mereka dah hampir setahun setengah. Si kembar ni makin lincah dan banyak skill yang dipelajari dari abang dan kakak mereka. Ke dua-dua mereka ni semakin ligat berlari, memanjat dan juga sering bergaduh kerana berebut barang mainan. Bila usia mereka dah semakin meningkat, tidur waktu siang semakin kurang, asyik nak bermain jeee...tapi malamnya alhamdulillah...bole la mamanya tidur lena sikit, sebab siang dah penat main, malam tidur sampai pagi, cuma bangun untuk buat susu je 2 kali.
Di bawah ni ada beberapa keping gambar si kembar ni beraksi.,...
Tengok tu Amir...berdiri atas lori mainannya, siap tepuk tangan lagi sambil ketawa.
Ni pulak Si Asyraf...ha...sini la tempat kegemaran dia lepak2 dan jadikan tempat duduk. Bila nak ambik je, siap nangis dang pegang kuat2 pada penghadang tangga. Kadang2 siap berebut lagi dengan Amir.
Di bawah ni ada beberapa keping gambar si kembar ni beraksi.,...
"Mama...kami nak tulis apa nih..."
No comments:
Post a Comment