Di samping itu, kaedah bercerita ini boleh merapatkan hubungan antara anak2 dengan ibu bapa. Akan wujud pertalian yang erat dan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak2 sewaktu sesi bercerita.
Memalui kaedah ini, ibu bapa boleh bercerita mengenai kisah dari al-Quran, kisah2 Nabi, Malaikat dan kisah2 ibu bapa sendiri.
CIRI2 KELEBIHAN KAEDAH BERCERITA
1. Suasana penyampaian lebih santai.
2. Posisi anak2 berada lebih dekat dengan ibu bapa.
3. Terdapat persentuhan tubuh badan.
4. Suasana tidak formal.
5. Anak2 tidak tertekan untuk mendengarnya.
6. Anak2 boleh bertindak balas / memberi respon melalui komunikasi 2 hala.
TUJUAN MENYAMPAIKAN CERITA
PERTAMA : Untuk mendidik anak2 secara tidak langsung melalui pemahaman minda di bawah sedar mereka, kerana cerita yang disampaikan tidak berbentuk arahan atau paksaan kepada mereka untuk mendengarnya. Anak2 akan mendenagr cerita dengan rela hati dan penuh minat.
KEDUA : Untuk penyampaian maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh diambil daripada cerita tersebut.
KETIGA : Boleh mengeratkan dan merapatkan hubungan antara anak dan ibu bapa kerana kaedah ini lebih santai dan boleh bersentuhan antara anak dan ibu bapa.
KEEMPAT : Anak2 boleh menggambarkan atau membayangkan di dalam minda mereka dengan jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran bercerita.
Rujukan : Buku "21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang"
Karanngan : Dato' Dr. Fadzilah Kamsah & Hj. Muhammad Zakaria
Insya'Allah kaedah seterusnya akan dikongsikan bersama.....
No comments:
Post a Comment