Saturday, May 8, 2010

MAJLIS MALAM SEMARAK KASIH


'MAJLIS MALAM SEMARAK KASIH'... Itu lah tema majlis makan malam anjuran pelajar khas semester akhir sesi Januari 2010. Pelajar2 ini walaupun tidak boleh bercakap, namun mereka dapat merancang dan mengadakan majlis yang begitu meriah dan menarik. Jamuan ini di adakan di Hotel Selesa, Pasir Gudang. Semua pelajar khas dari Semester 1 hingga Semester 4 dan pensyarah yang mengajar mereka dijemput untuk memeriahkan lagi majlis ini.

Antara acara pada malam tersebut adalah seperti ucapan, pertunjukan montaj, persembahan dari pelajar khas, cabutan bertuah dan makan malam. Apa yang boleh dibanggakan adalah persembahan dari mereka adalah sangat kretif dan menghiburkan. Makanan yang dihi9dangkan pada malam tersebuut juga pelbagai seperti nasi serta lauk, mee goreng, rojak, makanan kanak2, buah2an, kuih-muih dan ABC.


Persembahan lakonan daripada pelajar khas.



Gaya mereka ketika lakonan yang mengisakan seorang pelajar yang terpengaruh dengan budak nakal dan melupakan nasihat ibu, yang akhirnya insaf apabila telah lumpuh akibat daripada kemalangan


Wajah Luqman dengan mata yang redup.


Pelajar khas yang hadir



Bergambar bersama sebahgian pelajar khas sebelum pulang


Cenderahati dan cabutan bertuah yang diperolehi

No comments:

Post a Comment