Salam semua. Lama tak up date blog ni... La ni sibuk nak siapkan markah pelajar2. Minggu depan dah nak hantar untuk disemak markah sebelum KJ tandatangan.
Hujung minggu baru2 ni, kami sekeluarga travel ke Muar kerana abang ada program sukan PASTI di Muar. Perancangan awalnya nak tidur di rumah Abah, Batu Pahat. Di pertengahan jalan perancangan berubah kerana keadaan jalan yang agak sesak dan perjalanan dari rumah abah ke tempat pertandingan memakan masa lebih kurang 2 jam. Jadi, ambik jalan mudah, malam Sabtu tu kami bermalam je di Hotel Muar. Lepas check out jam 12.30 tengahari, selepas singgah ke Pertandingan Bola Jaring & Bola Sepak pelajar PASTI, kami terus ke rumah abah, Batu Pahat.
Biasanya perjalanan yang tak begitu jauh kalau dibandingkan pulang ke Terengganu, yang selalu buat onar adalah si kembar kami. Alhamdulillah, bibik ada, jadi ringan la sikit beban mamanya untuk mengawal 2 orang budak ni di dalam kereta.
Time papanya pegi solat atau isi minyak petrol, masa ni la si kembar kami bebaskan buat seketika. Tempat sasaran mereka adalah di tempat pemandu la... Lihat la reaksi si kembar di bawah ni...
No comments:
Post a Comment