Salam. Alhamdulillah, selama satu hari dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang tadi, 13 Mei 2010, saya bersama 6 rakan sepejabat telah menghadiri Kursus Bersiri Pembangunan Keluarga anjuran Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara, Negeri Johor (LPPKN). Nama kursus ini "Memupuk Nur Kasih" (Keibubapaan Anak Remaja). Kursus ini bertempat di Dewan Masjid Jamek, Bandar Baru Uda. Alhamdulullah sekali lagi kerana Allah telah memilih saya untuk menambah ilmu dalam bidang mendidik anak2.
CERAMAH 1
Ceramah 1 ini disampaikan oleh Tn Hj Muhammed Fauzi b Othman dari UTM, Skudai. Tajuk yang disampaikan oleh beliau adalah "Keibubapaan yang Efektif Melahirkan Permata Berkualiti". Penyampaian ceramah dari beliau amat mantoop dan bernas dengan hujah dan nas. Antara intipati yang boleh diambil daripada ceramah beliau adalah:
CERAMAH 2
Ceramah Ke 2 pula disampaikan oleh Tn Hj Abdul Razak b Aripin. Tajuk yang disampaikan adalah "KERAS BIAR BERTEMPAT". Beliau adalah Fasilitator LPPKN. Beliau juga adalah anak didik kepada Tn Hj Muhammed Fauzi, penceramah pertama di atas. Penyampian beliau amat berkesan dan penuh dengan gaya dan bersemangat.
Antara intipati yang dapat diambil daripada ceramah beliau ialah:
CERAMAH 3Ceramah ke 3 disampaikan oleh Pn Fauziah bt Yahya, dari LPPKN Ibu Pejabat. Ceramah ini disampaikan pada sebelah petang. Namun gaya dan ceramah beliau yang bertenaga serta lincah, menyebabkan kami tidak terasa masa berlalu begitu cepat. Banyak petua dan skill mendidik anak, terutama remaja. Namun ilmu yang diperolehi daripada beliau tidak ternilai rasanya. Tajuk yang disampaikan oleh beliau adalah ILMU PENYULUH HATI.
Antara input yang diambil daripada ceramah beliau adalah:
KESIMPULAN dari semua sesi ceramah di atas, ilmu pendidikan keibubapaan pada zaman sekarang adalah sangat3x penting. Ibu bapa juga mesti pandai menggunakan pelbagai skill dalam menangani anak2 zaman siber ini. Anak2 sekarang bukan lagi seperti anak2 zaman nenek moyang kita dulu yang mejoritinya ikut segala perintah ibu bapa mereka. Terlalu besar tanggungjawab dan peranan ibu bapa hari ini dalam melahirkan generasi Rabbani. KELUARGA DAN IBU BAPA ADALAH SEKOLAH PERTAMA ANAK-ANAK.
Hakikatnya, mempelajari teori adalah mudah, tetapi untuk melaksanakan dan menunaikan tanggungjawab mendidik anak2 adalah satu AMANAH yang sangat BERAT. Ya Allah...! berikanlah kekuatan kepada kami untuk memikul tanggungjawab ini.
Semasa menulis entri ini, tiba2 suami memberi satu buku, di sini boleh la kita kongsi ilmu yang terdapat dalam buku ini...Insya'Allah, jika ada kelapangan saya akan masukkan kandungan buku dalan entri seterusnya...

- Ibu bapa yang berkualiti dan efektif mesti mempunyai wawasan bagi anak2.
- Ibu bapa yang akan merealisasikan keluarga yang bahagia dan anak2 yang menjadi penyejuk mata dan penenang jiwa.
- Ibu bapa mempunyai tanggungjawab dan peluang yang lebih besar dalam mendidik dan membentuk sifat2 positif anak2 berbanding orang lain. -kata2 Dr. Fadhilah Kamsah.
- Untuk membentuk anak2 menjadi permata bekualiti, mesti bangunkan roh, hati, akal, jiwa dan jasad mereka. Di antara 5 komponen ini, yang mesti dibangunkan terlebih dahulu adalah Qalb(hati) anak2. Kerana berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: "Di dalam badan manusia ada seketul daging, apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota, jika rosak daging tersebut, maka rosaklah seluruh tubuh, iaitu HATI"
- Untuk menjadikan anak2 cemerlang dunia akhirat, ibu bapa mesti dahulu cemerlang dari segi hubungan dengan ALLAH dan sesama MANUSIA. Insya'Alah, MARDHATILLAH akan dicapai dengan baik.
CERAMAH 2
Ceramah Ke 2 pula disampaikan oleh Tn Hj Abdul Razak b Aripin. Tajuk yang disampaikan adalah "KERAS BIAR BERTEMPAT". Beliau adalah Fasilitator LPPKN. Beliau juga adalah anak didik kepada Tn Hj Muhammed Fauzi, penceramah pertama di atas. Penyampian beliau amat berkesan dan penuh dengan gaya dan bersemangat.
Antara intipati yang dapat diambil daripada ceramah beliau ialah:
- SIKAP ibu bapa terhadap keluarga adalah 93% yang mebawa kepada kebahagian rumahtangga. Manakala 7% lagi adalah bergantung kepada ilmu dan kemahiran mendidik anak2.
- Positifkan jiwa anak2 kerana anak2 akan mudah terpengaruh dengan apa yang mereka rasa, lihat dan dengar. Jika ibu bapa sentiasa positifkan anak2, anak2 akan berfikiran positif dan begitulah sebaliknya.
- Ibu bapa hari ini mesti membudayakan hidup yang positif, ceria, disiplin, hormat dan kasih sayang.
- 7 Tip mendidik anak2. Pertama, berlemah lembut dengan anak2 mengikut keadaan dan boleh berkeras jika perlu. Kedua, tegur-menegur dengan cara yang baik. Ketiga, makan bersama-sama, sekali sekala bawa keluarga makan di luar. Keempat, berlaku adil antara anak-anak. Kelima, elak mengeluh di depan anak-anak. Keenam, membuat aktiviti bersama-sama. Ketujuh, puji anak2 dengan ikhlas.
- 8P dalam mendidik anak: Puji, Peluk, Penghargaan, Perhatian, Persefahaman, Pergaulan, Percutian dan Permohonan(DOA).
- LAST SEKALI..."ANAK2 ADALAH HADIAH DARI ALLAH"
CERAMAH 3Ceramah ke 3 disampaikan oleh Pn Fauziah bt Yahya, dari LPPKN Ibu Pejabat. Ceramah ini disampaikan pada sebelah petang. Namun gaya dan ceramah beliau yang bertenaga serta lincah, menyebabkan kami tidak terasa masa berlalu begitu cepat. Banyak petua dan skill mendidik anak, terutama remaja. Namun ilmu yang diperolehi daripada beliau tidak ternilai rasanya. Tajuk yang disampaikan oleh beliau adalah ILMU PENYULUH HATI.
Antara input yang diambil daripada ceramah beliau adalah:
- Untuk menjadi ibu bapa yang baik, 3 elemen penting adalah ilmu pengetahuan, pengalaman untuk memantapkan ilmu yang sedia dan kemahiran dalam mendidik anak2.
- Dengan ilmu kita dapat meningkatkan taraf hidup.
- Orang yang berilmu mampu mengubah sesuatu yang baru.
- Ilmu perlu dicari dengan pelbagai cara, seperti pergi kursus, kem, membaca, menonton tv, internet dll.
- Oleh itu, untuk menjadi ibu bapa yang berkaliber, ilmu mestilah pelbagai dalam menangani masalah anak2, terutama anak yang telah menningkat remaja.
KESIMPULAN dari semua sesi ceramah di atas, ilmu pendidikan keibubapaan pada zaman sekarang adalah sangat3x penting. Ibu bapa juga mesti pandai menggunakan pelbagai skill dalam menangani anak2 zaman siber ini. Anak2 sekarang bukan lagi seperti anak2 zaman nenek moyang kita dulu yang mejoritinya ikut segala perintah ibu bapa mereka. Terlalu besar tanggungjawab dan peranan ibu bapa hari ini dalam melahirkan generasi Rabbani. KELUARGA DAN IBU BAPA ADALAH SEKOLAH PERTAMA ANAK-ANAK.
Hakikatnya, mempelajari teori adalah mudah, tetapi untuk melaksanakan dan menunaikan tanggungjawab mendidik anak2 adalah satu AMANAH yang sangat BERAT. Ya Allah...! berikanlah kekuatan kepada kami untuk memikul tanggungjawab ini.
Semasa menulis entri ini, tiba2 suami memberi satu buku, di sini boleh la kita kongsi ilmu yang terdapat dalam buku ini...Insya'Allah, jika ada kelapangan saya akan masukkan kandungan buku dalan entri seterusnya...
Buku tulisan Doto' Dr. Hj. Mohd Fadhilah Kamsah & Hj Muhammad Zakaria.
"21 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG."
"21 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG."
No comments:
Post a Comment