Sunday, May 8, 2011

HARI SUKAN PASTI KAWASAN PASIR GUDANG

Hari Ahad, 8.5.2011 baru2 ni, PASTI Kawasan Pasir Gudang telah mengadakan Hari Sukan di Bukit Layang2. Izzati dan Luqman tak sabar2 menunggu hari tersebut. Sebelum hari tersebut, tiap2 hari mengingingatkan mama mereka tentang hari sukan di PASTI mereka.

Luqman yang selama ini sangaaat susah bangun tidur, tapi oleh kerana semangatnya nak ke sana, pada hari tu pandai pulak dia bangun awal. Saya ke sana bersama izzati, Luqman dan along. Seronok betul budak2 ni bermain, dengan cikgu dan mak2 budak skali bersemangat memberi sokongan kepada anak masing. Izzati masuk 2 pertandingan iaitu bawa bola ping pong dalam sudu dan masukkan air dalam botol. Dapat tempat ke 3 dan ke 2. Luqman pulak masuk 1 pertandingan sahaja, masukkan bola ke dalam bakul, dapat tempat ke 3.

Di bawah ni beberapa gambar yang sempat diambil.




Perbarisan pelajar sebelum acara dimulakan.


Luqman bersedia masukkan bola ke dalam bakul....tapi tak masuk pun.


Izzati (rumah kuning, no 2 dari depan) beratur untuk permainan bawa bola ping pong dalam sudu








Acara kaum ibu, mengayam ketupat, masukkan benang dalam jarum dan kupas kulit epal.


Kemenangan dari izzati dan Luqman



Bergambar sekejap di muzium layang2 sebelum balik



No comments:

Post a Comment