Saturday, May 7, 2011

"Mama...Selamat Hari Ibu"

"Mama...jom turun bawah jap", kakak mengejutkan mama yang tertidur menidurkan si kembar.

"Jap la...mama nak solat isyak jap", kata mama sambil melihat jam 9.30 malam.

Selesai solat isya' kakak tak sabar2 mengajak mamanya turun ke bawah.

"Mama...SELAMAT HARI IBU!!!!", ucap along dan kakak secara serentak sambil menghulurkan 2 kad masing2 daripada along dan kakak.

"Terima kasih...", terharu juga mama melihat kesungguhan 2 anak mama ini membuat kad.

Terima kasih buat anak2 mama kerana mengetahui hari ini adalah sambutan hari ibu. Hakikatnya kita sebagai anak menyambut hari ibu tiap2 hari dengan mendoakan untuk mereka 5 kali sehari.

Selamat Hari Ibu juga kepada bonda tercinta HJH NGAH BINTI MUDA. Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran, tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan. Jasa bonda tidak ternilai dan tiada tandingannya. Engkaulah ratu hatiku dunia akhirat.


Bawah ini adalah kad dari along dan kakak.







Kasih ibu tidak terbatas kepada manusia sahaja, binatang pun sayangkan anak. Begitulah hebatnya kasih ibu. Suatu petang, semasa perjalanan ke surau untuk menunaikan solat asar di pejabat, saya terpandang seekor ibu kucing dan anaknya begitu mesra. Menarik dengan aksi si ibu dan si anak ni, saya terus tangkap beberapa keping gambar. Si ibu kucing mengiau tanda marah kalau2 diapa2kan anak dia. Tanpa menunggu lamam di situ, saya terus beransur pergi. Begitulah hebatnya kasih ibu yang dianugarahkan oleh Allah. ALLAHU AKBAR...!!!




No comments:

Post a Comment