Alhamdulillah...minggu lepas saya berpeluang ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, K.L. Buat pertama kalinya saya sampai ke sana, begitu teruja dan menyeronokkan. Apa tidaknya dengan buku yang begitu banyak dan harga yang potongan yang amat memberangsangkan.
Saya bersama rakan sepejabat ke sana pada hari Khamis, 28.04.2011. Pada asalkan program yang tidak dirancang ini tidak menjadi. Tetapi akhirnya dengan izin Allah, kami dapat ke sana dengan 2 buah bas PJB. Sebelum pergi ke sana, saya telah buat perancangan dan menyenaraikan beberapa buah buku yang ingin di beli. Tetapi bila sampai sahaja di sana, bertambah2 plak buku yang dibeli. Rasa berbaloi juga sebab potongan daripada harga asal.
Kami bertolak dari PJB hampir jam 8 pagi. Oleh kerana bas yang bergerak agak perlahan, hampir jam 2 petang baru kami sampai di sana. Perkara pertama kami buat yang wajib dulu. Berpusing2 kami mencari surau untuk solat. Alhamdulillah, dah selesai solat, baru la syok nak ber'shopping'. Kami diberi masa hingga jam 6 petang. Jadi, kami rancang la beberapa kedai yang hendak dituju. Kami berjalan secara berkumpulan, K.dina, shah, roslina, kak nor dan fatin. Ketua kumpulan kami adalah Roslina, sebab dia dah biasa ke sana. Antara kedai sasaran kami ialah Telaga Biru, PTS, Galeri ilmu, Karangkraf, Ana Muslim dan lain2.....(lupa doh nama yang lain).
Ahhh.....memang seronok melihat buku2...tetapi apa kan daya, tak terbawa. Tu pun ada kawan2 yang nak rehat..dia la jadi mangsa tinggalkan buku sekejap. Cuma masa nak tunggu bas untuk pulang terpaksa jalan jauh siket. Jari dah merah2 dan sakit dah. Saboooorrr..... Kami sampai di PJB hampir jam 1 pagi. Aduh...penatnnya...bestnya kalu esoknya cuti...tapi tak... Esok kerja... ada bengkel plak tu. Penat pun tak pe la...hati puas. Alhamdulillah. Harap2 Allah izinkan lagi kami ke sana untuk tahun2 berikutnya.
Ni ha...3 beg buku yang diborong. Ingin nak beli lagi, tapi fikirkan kudrat diri yang tak mampu, terpaksa batalkan niat. Lepas ni kalu ada rezki ke sana, rasanya kena bawa beg bertayar.
ehem, ada 4 butir buku aku same ngan mu..aku cam kenal je background biru gmbo buku2 tu...
ReplyDelete