Kenangan di Mekah kembali lagi.... 'Hilang selipar' adalah perkara biasa di Mekah, tetapi tidak di Madinah. Di Mekah mulut kena jaga tak boleh sebut satu2 perkara, ia akan berlaku... Apa lagi kalau mulut celupar. Setiap butir perkataan kita adalah 'doa yang amat mustajab' di sana. Malah detikan di dalam hati pun boleh menjadi realiti. Allah Maha Mengetahui. Saya pun ada pengalaman tentang hilang selipar di Mekah.
Peristiwa ini berlaku berulang2 antara saya dan suami. Akibat sedikit perasaan bangga yang ada pada diri saya, Allah terus 'membayar cash' buat diri ini. Selepas habis musim haji, saya dan suami akan membuat umrah sunat. Entah umrah ke berapa, saya dan suami mengambil niat di Tanaem pada waktu pagi. Oleh kerana terlalu lapar dan keperluan mendesak, kami pulang ke hotel terlebih dahulu dan memulakan umrah selepas solat zohor. Kami berjanji untuk berjumpa di pintu keluar masuk jemaah.
Selepas selesai solat zohor, saya menunggu suami di tempat yang dijanjikan. Saya yang menunggu hampir 1/2 jam, tapi tak nampak2. Bila call rupanya suami dah ada di dataran kaabah. Pada masa ada juga rasa nak marah, tapi kawalkan perasaan. Alhamdulillah, umrah kami siap sebelum asar. Bila nak balik hotel, suami datang dalam keadaan tidak berkasut (selipar dah hilang)
"Kenapa? Mana selipar?"
"Hilang..."
"Tu la...tinggal lagi bini...Abang telak kat mana tadi?" tanya saya.
"Kat tepi tong sampah."
"Emmm...letak kat situ, tukang sapu terus sapu la..."
Abang hanya tersenyum kambing. Petang tu suami pulang ke hotel hanya berkaki ayam. Sempat singgah kedai beli selipar baru.
Selang satu hari, saya dan suami membuat lagi umrah sunat. Seperti biasa, kami ke Tanaem pada waktu pagi. Selepas solat sunat ihram dan berniat di Masjid Tanaem, tiba2 suami datang ke arah saya untuk meminjam selipar. "Selipar hilang....nak pergi beli selipar jap...", kata suami. "Haaa.....baru dua hari pakai selipar baru...hilang lagi...". Dah selesai semua urusan...kami balik ke tanah haram.
Apa yang saya rasa kelakar ketika itu adalah selipar yang suami beli warna oren. Kebetulan beg sandang yang suami pakai (beg dari tabung haji) juga warna oren. Tiba2 saya ketawa sorang2... dah tak tahan ketawa sorang2 cakap kat abang "abang....beg dan selipar abang sedondon la plak". Suami hanya senyum sinis.
Sebelum memulakan umrah, abang ajak balik ke hotel terlebih dahulu. Saya ikut sahaja. Bila nak keluar dari pintu hotel, "plastik selipar...jangan lupa...satu pun tak pe, letak kasut skali", kata abang. "Tak nak la...nanti hilang..." dengan spontan ayat ni keluar dari mulut. Masa tu saya seakan2 lupa akan kuasa Allah.
Kami selesai umrah selepas Zohor. Subhanallah...semasa kami mencari2 selipar...selipar saya tak ada di tempat letak kasut, sedangkan selipar suami yang letak di dalam kotak yang sama elok je ada. Cari punya cari...yang hairannya hanya plastik sahaja yang ada...seliparnya dah lesap. Ke mana, di mana hanya Allah yang tahu. Hari tu saya pula balik hotel berkaki ayam. Abang nak bagi selipar dia, "tak pe la....pakai stokin tak rasa apa2 pun..." kata saya. Dalam perjalanan saya menginsafi diri...tidak boleh berkata apa2...di kota Mekah yang mulia penuh dengan misteri. Satu lagi jangan nak ingkar kata suami.
Selepas peristiwa tadi, saya berhati2 berkata-kata...terutama bila berkata2 dengan suami. Sesungguhnya setiap ungkapan di sana adalah doa yang 'tersangat' mustajab.
No comments:
Post a Comment