Alhamdulillah...syukur pada Mu Ya Allah atas masa dan ruang masa yang Engkau berikan pada hambaMu ini untuk tambahkan lagi ilmu di dada. Dalam tempoh 2 bulan ini 4 lagi buku ilmiah berjaya di habiskan di samping majalah2 lain.
Dalam kesibukan menyiapkan kerja2 pejabat, masa yang ada diselitkan dengan pembacaan buku. Sama juga keadaan di rumah, masa yang ada cuba dihabiskan dengan pembacaan buku yang bermanfaat.
Buku 'Haji Muda' amat seronak... membaca pengalaman penulis pergi ke Mekah. Apa yang ditulis memang banyak kebenarannya. Umur yang masih muda lebih baik selesaikan haji yang wajib. Kerana haji memang memerlukan banyak tenaga sama ada dari segi fizikal, mental dan emosi. Apabila ke sana dalam usia yang telah lanjut, mungkin banyak masalah yang timbul seperti masalah dari segi kesihatan, kekuatan fizikal dan peluang untuk mengerjakan ibadah itu sendiri.
Satu lagi buku Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang memikat hati dan menyentuh perasaan. Ini adalah buku ke 3 karangan beliau. Buku 'Nota Fikir Untuk Zikir' diolah dengan menarik berdasarkan kepada alam ciptaan Allah dan kisah2 masyarakat Melayu. Apa sahaja yang dicipta Allah adalah untuk menjadi pengajaran dan panduan kepada manusia yang berfikir. Pandangan sesuatu perkara adalah berbeza mengikut akal fikiran manusia. Kita sebagai manusia yang diberikan akal hendaklah melihat sesuatu ciptaan Allah bukan dari luaran sahaja, bahkan apa yang tersirat di sebalik kejadian tersebut. Contohnya, belajar dari pokok pisang, belajar dari pokok kelapa, belajar dari rumput, belajar dari laut dan banyak lagi. Alhamdulillah...buku kecil ini banyak memberi ilmu kepada diri ini. Buku ini saya pinjam dari sahabat satu pejabat, Roslina. Terima kasih kepada Na atas perkongkisian buku ini.
"Denyut Kasih Medik" adalah novel kisah seorang doktor muda yang memperjuangkan hukum syarak di dalam bidang perubatan dan kodoktoran. Ia juga kisah mengenai masyarakat yang kadang-kadang jahil tentang ilmu agama yang berkaitan dengan sakit, rukhsah dan ubat-ubatan. Kisah ini dihiasi dengan cinta suci sesama insan yang mengikut landasan syariat. Memang best novel ni. Terima kasih kak Dina atas pinjaman buku ini.
Buku 'U-turn Ke Jalan Lurus' bagus untuk motivasi diri dan mengenal diri. Buku ini di selitkan dengan kisah2 kehidupan dalam masyarakat untuk dijadikan pengajaran hidup. Lebih menarik buku ini mencungkil rahsia disebalik kitab himpunan Hadis Qudsi karangan Imam al-Ghazali, al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah. Buku ini menterjemahkan mutiara peninggalan Rasul itu dengan mengaitkan kisah-kisah yang menarik untuk dijadikan wake-up call kepada mereka yang kadang-kala alpa tentang agama. Kealpaan yang mengheret kita ke jalan yang ‘mungkin’ lurus tetapi sebenarnya tidak betul!
No comments:
Post a Comment