Sunday, June 26, 2011

'"Kemaruk" Novel Abdul Latip Talip

Ahamdulillah...Allah masih lagi memberi nikmat masa yang sedikit lapang untuk terus membaca dan membaca. Sekarang ni tengok 'syok' membaca novel islam karya Abdul Talip Latip. Setakat ni dah 6 tokoh selesai di baca. Buku 4 khalifah Islam, Salehuddin al-Ayubi dan Sultan Mohammad al-fateh yang selesai dibaca. Alhamdulillah...membaca sejarah hidup dan perjuangan pembela agama amat terkesan di hati dan jiwa.


Salahudin Ayubi, Salahuddin Al-Ayyubi atau Saladin (1137 - 1193) adalah satu nama yang sehingga kini terpahat sebagai panglima yang telah menakluk Jerusalem dan sinonim dengan kata-kata “Sesiapa Yang Menguasai Palestin, Dia menguasai Dunia.”

Berbangsa Kurdis yang berasal dari Iraq, Salahudin Ayubi sememangnya seorang penunggang kuda yang cekap dan panglima tentera yang bermatlamat ‘Jihad Fisabillillah’.

Dari seorang ketua panglima tentera kepada Sultan Nurudin dari Syria hingga menjadi Khalifah Negeri Mesir sebelum diisytiharkan kemerdekaan oleh Kerajaan Abasiyah dan diberikan gelaran Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Kisah Salahudin bukan sahaja mengenai penaklukan Jerusalem, Perang Salib III, Penggabungan Syria dan Mesir malah perjalanan politik Salahudin itu juga amat menarik dan beremosi untuk diteladani oleh semua.

Nama Salahuddin Al-Ayubi cukup dikenali bukan sahaja di dunia Islam bahkan dunia Barat dan Eropah juga. Beliau merupakan wira Islam yang bertanggung jawab memebus semula Baitulmaqdis (Jerusalem) selepas ditawan oleh pihak Yahudi.

Setelah habis membaca buku ini dan saya rasa isi kandungan yang ada dalam buku ini sungguh menarik kerana ia banyak mengisahkan tentang kebijaksanaan Salahudin Ayubi semasa menawan sesbuah kawasan dan beberaniannya ketika berperang. Selain itu semangat “jihad” yang diceritakan dalam cerita ini benar-benar menggambarkan masyarakat Islam yang dahulu yang begitu mantap keimanannya berbanding masyarakat sekarang.

Dalam sejarah peradaban Islam, kota suci umat Islam ini ditawan sebanyak 3 kali oleh pihak Yahudi. Kali pertama ia ditebus semula oleh Khalifah Islam yang kedua, Umar Al-Khattab. Dan kali kedua oleh Salahuddin Al-Ayubi. Kali ketiga ia ditawan ialah 50 tahun yang lalu, dan kini masih belum ada mana-mana wira dari kalangan umat Islam yang berjaya menebus kota suci itu.



Buku ini merupakan karya sejarah yang amat menarik untuk dikaji. Bagi yang tidak berminat dengan buku sejarah yang berbelit dengan tarikh dan fakta, saya mengesyorkan buku ini. Hal demikian kerana penulis menghidangkan fakta sejarah dalam bentuk novel dan santai disamping dialog-dialog yang berkesan. Buku ini menceriakan ketokohan Sultan Muhamad sebagai pemerintah dan usaha beliau untuk membuka Kota Konstantinopel (sekarang Istanbul -yang bermaksud Islam Seleruhnya) . Strategi-strategi peperangan yang mengkagumkan serta keluhuran budi menjadikan Sultan Muhammad tokoh yang ideal untuk diteladani.

Saya sangat mengagumi Sultan Muhammad Al-Fateh. Seorang pemuda yang memegang takhta kerajaan Turki pada usia 19 tahun. Seorang yang berjiwa besar ingin menakluk kota Konstantinopel. Berjaya menakluk Kota tersebut pada usia 21 tahun. Beliau seorang yang kuat beribadah, tawadhuk, zuhud dan mahir dalam ilmu peperangan sejak berumur 5 tahun lagi. Air mata saya menitis ketika kejayaan beliau menakluki kota Konstantinopel. Setelah beliau berjaya menakluk Konstantinopel, beliau berjaya menakluk kawasan-kawasan sekitar seperti di bahagian Eropah Timur dan termasuk negara-negara Arab seperti Mesir, Hijaz, Yaman and lain2 negeri yang berhampiran. Beliau meninggal dunia pada usia yang muda iaitu 49 tahun semasa beliau berada di puncak kegemilangan kerana diracun oleh seorang Yahudi yang memeluk Islam

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, " Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah monadonya adalah sebaik-baik pasukan. " (H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad).

Kerana itu usaha menakluk Konstantinopel dimulakan oleh Saidina Ali pada tahun 34 Hijrah. Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 hijrah. Sultan Suliaman pada tahun 91 Hijrah, Khalifah Al-Rasyid pada tahun 165 hijrah. Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397 dan 14000 tetapi semuanya menemui kegagalan. Kemudian Akhirnya pada 857 Hijrah, Allah mentakdirkan Kota onstantinopel berjaya ditawaan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Ia ditawan pada ketika wujudnya pemerintahan yang baik, tenteranya baik dan rakyatnya baik. Satu kisah yang menarik tentang Sultan Muhammad ini, dia sendiri menyamar sebagai orang miskin dan peminta sedekah untuk melihat sendiri bagaimana sikap rakyatnya. Alhamdulillah, baginda bersyukur kerana rakyatnya amat perihatin terhadap orang miskin.

Satu lagi kisah yang menarik bagaimana Sultan Muhammad al-Fateh buat2 sakit untuk menguji tenteranya sama ada baik atau sebaliknya. Suatu pagi, baginda pura2 sakit dan teringin memakan buah delima. Ketika itu baginda bersama tenteranya membuat latihan ketenteraan di sebuah pulau yang banyak pokok delima. Sebelum itu, Sultan Muhammad telah bepesan, jangan mengambil buah tanpa izin tuannya. Melihat keadaan sultan yang sakit, tenteranya pergi mencari buah delima di kebun. Apabila sampai di kebun, tuan kebun tiada dan tenteranya tidak mengambil buah delima kerana patuh akan arahan sultannya. Mereka pulang ke khemah dengan tangan yang kosong lalu berjumpa dengan sultan Muhammad dan menceritakan apa yang telah berlaku. Sultan Muhammad tersenyum dan mengucapkan alhamdulillah. Tiba2, tukang kebun datang berjumpa sultan dan memuji tentera sultan Muhammad. Sebenarnya semasa tentera sultan Muhammad berada di kebunnya, dia sembunyikan diri untuk melihat tingkah laku tentera itu. Beliau berasa kagum dan membawa satu bakul buah delima serta membenarkan tentera Islam makan buah yang ada di kebunnya.

Satu lagi kisah yang menarik tentang Sultan Muhammad al-Fateh. Ketika penaklukan kota Konstantinople, gereja Aya Sopia yang sangt besar dijadikan masjid. Maka, pada hari Jumaat pertama selepas penaklukan, hendak dilakukan solat Jumaat. Sultan Muhammad tidak tahu siapa yang layak menjadi imam. Selepas berfikir, kemudian, sultan Muhammad meminta semua tenteranya berdiri termasuk baginda.
"Siapa yang pernah tinggal solat fardhu 5 waktu, sila duduk," perintah sultan Muhammad. Tiada siapa yang duduk.
"Siapa yang pernah tinggal solat sunat rawatib, sila duduk," separuh tenteranya duduk.
"Siapa yang pernah tinggal qiamullail selepas baligh, sila duduk," semua tenteranya duduk, kecuali Sultan Muhammad. Jadi, yang layak menjadi imam adalah sultan Muhammad sendiri.
Inilah satu contoh pemimpin yang baik yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine
Kalau nak tahu bagaima Sultan Muhammad al-Fateh melayarkan kapal-kapalnya ke puncak gunung, kenalah baca buku ini....MEMANG BEST!!!


Khalifah2 Yang Benar adalah gabungan 4 khalifah Islam iaitu Abu Bakar as-siddiq, Umar al-Khattab, Uthman dan Ali. Setelah membaca novel Islam ni, hati dan sanubari begitu ter'sentuh' dengan perjuangan yang begitu hebat daripda sahabat Rasulullah yang ingin memartabatkan Islam. Alhamdulillah...Ya Allah hambaMu ini begitu bersyukur kerana dilahirkan di dalam agamaMu. Begitu juga dengan iman yang Engkau selitkan di hati ini.

Apabila membaca kisah dalam buku ini, betapa hebat iman para sahabat Nabi berbanding dengan umat hari ini termasuk diri ini. Para sahabat juga berjaya menangkis keprcayaan kuasa besar Rom dan Parsi yang mengatakan bangsa Arab lemah dan kolot. Mereka kuat dan dapat menakluki Rom dan Parsi adalah bertunjangkan iman dan ketakwaan yang tinggi terhadap Allah Taala.

Sangat sedih apa yang berlaku pada umat Islam sekarang. Jika semua umat Islam hari ini 'celik sejarah Islam', maka kita sebenarnya tidak ada masa untuk berseronok dan berhibur. Umat Islam ketika suatu dulu sangat 'gah' dan ditakuti oleh semua musuh Islam, kini telah hilang taringnya. 'Taring' ini dapat dikembalikan dengan mengikuti jejak kehidupan para sahabat Nabi s.a.w.

Insya'allah kemegahan dan ke'gah'an Islam seperti Zaman Rasulullah dan Zaman Sahabat akan muncul tidak lama lagi.....


Di atas ini adalah antara buku2 novel Islam karya Abdul Latip yang baru dibeli dan akan menjadi santapan minda dan rohani. Insya'allah dengan kelapangan masa yang ada, akan dihabiskan....

No comments:

Post a Comment