Wednesday, June 22, 2011

Lagi tentang IKHLAS

Pagi tadi motivasi pagi disampaikan oleh Ustaz Badli Shah Alaudin. Juruhebah memanggil ustaz pepatah petitih sebab di akhir slot beliau akan mengakhiri dengan pepatah melayu. Dapat juga secubit ilmu yang dapat dikongsikan bersama.

Motivasi pagi tadi sekali lagi ustaz menekankan tentang keikhlasan. Kalau mengikut istilah Abraham Maslow TUMPUAN BERSEPADU. Istilah umat Islam adalah IKHLAS. Dalam sesuatu pekerjaan dan amalan yang dilakukan mesti ada tumpuan yang bersepadu @ ikhlas, barulah dapat hasilkan kerja yang berkualiti. Maksudnya tidak melakukan dengan sambil lewa @ istilah melayunya 'seperti melepaskan batuk di tangga'.

Untuk mendapat tumpuan bersepadu @ ikhlas, mestilah ada matlamat atau target yang hendak dicapai. Matlamat ini bukan mendapat keduniaan semata2, tetapi yang paling utama adalah untuk mendapat redho Allah. Ikhlas adalah dari hati dan hati adalah tempat tumpuan Allah Taala. Hati adalah elemen asas untuk mendapatkan keikhlasan. Orang yang mempunyai tumpuan di dalam pekerjaannya @ ikhlas akan bersemangat di dalam melakukan kerja, kerana tumpuan kita adalah ALLAH.

Kajian menunjukkan bahawa orang yang ada tumpuan bersepadu @ ikhlas ini , 'kerja biasa' akan menghasilan kerja yang 'sangat luar biasa'. Ingaat....TIADA LILLAH (kerana Allah), akan mendapat LELAH sahaja. Sedarlah bahawa Allah sentiasa memberi 'markah' dalam segala tugasan dan amalan kita. Kita akan bersemangat membuat amalan / kerja kerana sedar bahawa adanya 'campurtangan' Allah dalam setiap amalan kita.

Akhir sekali ustaz menyebut pepatah orang tua-tua dulu:

IKHLAS MENOLONG TIDAK HARAP DISANJUNG

IKHLAS BERBUDI TIDAK HARAP DIPUJI

IKHLAS BERKORBAN TIDAK HARAP IMBALAN

IKHLAS KERJA TIDAK HARAP DIIJAJA

IKHLAS MEMBERI TIDAK HARAP GANTI

IKHLAS MENGAJAR TIDAK HARAP GANJAR

IKHLAS PERINTAH TIDAK HARAP DISEMBAH.


Semoga ianya menjadi panduan dalam kehidupan seharian kita.


No comments:

Post a Comment