Wednesday, June 8, 2011

Mengisi Masa Yang Terluang



Alhamdulillah...sepanjang dua bulan ni saya dapat habiskan 6 buku. 5 daripadanya adalah novel. 5 novel ini adalah kisah2 berunsur islamik dalam persahabatan, keimanan, ketakwaan dan percintaan terhadap Allah dan sesama manusia. Masa yang terluang alhamdulillah dapat juga diselitkan dengan bacaan walaupun sedikit. Terima kasih Ya Allah atas masa dan ruang yang diberikan.



Buku ini adalah karangan hilal asyraf yang ke-5. Kisah beunsurkan dakwah, kepimpinan dan persahabatan serta diselitkan dengan percintaan dikarang oleh penulis yang berkelulusan usuluddin dari Universiti Jordan.

Ia menceritakan tentang ukhuwah dua sahabat, Irfan Hakimi dan Rasyid Zakwan yang rapat bagai isi dengan kuku. Biar apa dugaan yang mereka terima, semuanya dapat ditempuhi bersama. Namun konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha. Bukan konflik dengki-mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelangsungan ukhuwah yang berlandaskan keimanan.

Disaster Five hadir dengan misi membuat kacau-bilau. Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwah mereka. Tapi sebesar-besar dendam dan selicik-licik Disaster Five, ada insan yang lebih besar dendamnya dan licik tindakannya. Dia ialah ... Secret. Siapakah 'sicret'? Jawapannya ada dalam novel ini.

Di dalam novel ini penuh dengan kata2 perangsang serta hadis2 Nabi tentang dakwah, persahabatan dan keimanan. Memang best dan seronok baca buku ini... Watak Irfan yang dibawa di dalam novel ini begitu mantap dari segi keimanan dan ketakwaannya. Sehingga satu per satu ahli kumpulan Disester Five dapat dibawa ke jalan yang benar. Jalan cerita yang menarik dan penuh dengan teka-teki.



Ini adalah novel ke2 yang dapat saya habiskan dalam masa 4 hari. Novel ini juga berbentuk islamik. Memang seoronok membaca kisahnya.

Mengisahkan kehidupan pelajar Malaysia di bumi Damascus, Syria. Konflik hidup dan ujian sebagai perantau terpaksa diharungi mereka demi sebuah perjuangan. Tekanan Amerika Syarikat terhadap Syria telah mengakibatkan mereka turut sama merasai bahang kekejamannya.




Novel ini juga menceritakan kisah percintaan seorang gadis yang bernama Manal Husna. Dia tidak pernah menginginkan perjalanan cinta yang tidak seindah angannya. Walaupun begitu dia tetap bersyukur kerana terlepas daripada cinta-cinta palsu dan reda dengan suratan takdir dalam hidupnya. Percintaan yang dibina atas dasar pilihan orang tua dan kasihan, semuanya ternoktah dengan seribu penyelesaian. Dugaan dan cabaran di bumi Damascus silih berganti hadir mengiringi ketentuan hidup pelajar di sana.

Kisah ini diselitkan juga dunia seram, suspen, menyayat hati, konflik dan ketenangan. Seram di mana Manal Husna telah disihir oleh seorang lelaki yang ditolak cintanya oleh Manal Husna. Suspen pula di mana kisah cinta Manal Husna dengan Ustaz Safwan yang hampir terputus. Namun kisah ini disudahi dnegan 'happy ending'.






mengisahkan ttg kehidupan Natasha dan Jonathan @ Johan..Jonathan yang tercari kebenaran beragama bertemu dgn Natasha di universiti mereka belajar..sifat lembut, berpegang pada prinsip dan agama Natasaha membuatkan minat john terhadap Islam semakin mendalam.


sikap dan prinsip Natasha wajar dicontohi muda-mudi sekarang...walau berada di bumi org Natasha ttap dgn prinsip beragamanya..

Namun hubungan natasha dan john terputus di tengah jalan kerana Natasha terpaksa sambung belajar di Malaysia kerana peristiwa yang mengancam nyawa Natasha. Di Malaysia, Natasha berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya, Bahar.

Apa kaitan novel ini dengan Taj Mahal? kaitan nya dgn Taj Mahal...Bahar, suami Natasha menghadiahkannya mahligai umpama taj mahal kepadanya sbgai tanda kasih sayang...tetapi di mahligai tulah Bahar meninggal dunia...misterinya, adalah black magic...Selepas kematian suaminya, tiba2 John muncul....kenapa dan mengapa? Boleh baca sendiri....


Buku matahari ini adalah koleksi cerpen karangan Hilal Asyraf. Ia mengandungi 18 cerpen yang agak panjang dan menarik untuk dibaca. Cerpen2 adalah berkisah persahabatan, dakwah, kehidupan suami isteri dan banyak lagi kisah2 masyarakat yang diselitkan oleh beliau.


Seronok membaca buku ini. Ia adalah pengalaman dan kisah zaman silam penulis. Lucu, sedih, gembira, bersemangat, malu dan berbagai rasa lagi yang menyentuh hati ketika membaca buku ini.

Saya ketawa sendirian apabila membaca kisah lucu penulis. Pada masa yang lain, buku ini menyebabkan air mata ini turut sama mengalir tanpa ditahan-tahan tiap kali catatan penulis menyentuh perasaan. Catatan pegalaman penulis membuatkan saya teringat kembali kisah silam diri sendiri.. kenangan bersama ibu dan ayah, kawan sepermainan, adik-beradik dan… zaman persekolahan….


Dengan huraian yang padat, jelas dan tegas, buku ini dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab, menjadikannya bahan bacaan yang lebih santai dan bersahaja. Terdapat juga kisah-kisah motivasi dan rantaian cebisan pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis untuk dijadikan iktibar kepada pembaca.

Buku ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu:
Bahagian 1: Wanita, maruah dan aurat
Bahagian 2: Wanita dan munakahat
Bahagian 3: Wanita dan rumah tangga

Setiap bahagian pula mengandungi lebih kurang 10 bab yang dikupas bersama dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk memantapkan pemahaman

Bila membaca buku ini, saya 'disedarkan' akan amanah yang Allah 'beri' seiring dengan deretan nikmat-Nya kepada saya sebagai seorang wanita muslimah. Dan sebagai pemegang amanah itu, apa pula perlu saya buat dengan hidup saya. Contohnya, saya diberi nikmat - seorang suami yang baik. Seiring dengan itu, Allah beri saya amanah supaya menjadi seorang isteri yang baik dan ibu yang baik kepada suami saya yang baik itu. Macam mana pula hendak menjadi isteri yang baik? Kalau kita 'google' cara-cara menjadi isteri yang baik, memang bermacam-macam tips kita akan jumpa. Tapi saya hendak ajak semua wanita muslimah di luar sana baca buku ini. Insya Allah, akan 'berkesan' di hati sanubari, dan saya sudah merasai. :)



JOM MEMBACA....!!!!



No comments:

Post a Comment